Hospital aku datang lagi….!!

Leave a Comment

Argh….!!!
Kalau korang baca tajuk pun dah tau aku nak story apa kan…
Apa lagi kalau bukan aku kena admit wad lagi…

Okey….
Jom nak story dari mula….
Nak starting bila ek….?

Starting 24/11/11 la….
Ada appointment dengan pakar…..
So pergi macam biasa saja la….
Tak dak masalah apa pun….
Then balik rumah…..

26/11/11….
Tetiba tempat luka yang hari tue bengkak….
Aku bangun-bangun tidur dah bengkak….
Pedih gila kot….huhu~

Aku ajak Pak Manaf pergi klinik la….
Sementara nak pergi tue perit jugak la menahan sakit…huhu~
Dah la ada kenduri rumah mak saudara aku hari yang sama….
Sebelah rumah saja pulak tue….
Nak buat macam mana…
Mintak maaf saja la….
Bukan aku saja-saja nak sakit hari nie….

Then…
Pergi klinik kesihatan….
Dia buat surat rujukan suruh pergi hospital….
Pergi hospital dia check ada apa la…
Sempat la jugak dia sedut dalam 25cc cecair….
Nanah la kot….aku pun tak pasti….
Ambik ubat then balik…
Dr tue bagi tarikh temujanji baru….1st December….
 -nie la picagari yg aku cakap tue..yg paling besar saiz dia 20cc...memang dah tak larat tengok and kena cucuk dengan benda nie dah kot...haha-

28/11/11…..
Sakitku datang lagi…..argh…!!
So apa lagi….
Ajak Pak Manaf pergi klinik la…
Nak pergi sendiri tak boleh….huhu~
Sebab tak boleh naik moto….
Dah kena dekat paha..macam mana nak duduk…
Mesti la sakit…adoi….

Then…pergi klinik jumpa doktor…
Dia suruh check kenapa bengkak la….
Kena cucuk and sedut la nak tengok ada apa….
Ala guna benda yang macam picagari tue….
Apa tah nama dia….haha
Bukan dia sedut sikit ja….dia sedut sampai tak dak dah..huhu~
Dapat la dalam 90cc kot….aku pun dengar dia cakap ja…haha~
Dia tak bagi surat rujuk hospital sebab 1st December nanti kan nak jumpa pakar….
So…
Tunggu je la 1hb…huhu~
 
-nak ambik pix kena la cari background cantik sikit....ce teka kt mn nie...?haha-






Then….
01/12/11…
Pergi la jumpa pakar macam biasa….
Bila dah jumpa apa lagi….
Dia tahan aku suruh masuk wad la….
Tahap kritikal dah kot…
Lepas tue….
Petang tue jugak dia belah kaki aku..huhu~
Nak buang nanah tue la….
Tapi…
Dia belah kecil jer….
2 inci je kot panjang dia…..

 -apa nie...??nie la cecair yg ada kt paha aku....macam air milo pun ya kot....haha~dah 4 kali dia sedut semua warna lain-lain....1st warna merah macam darah...then warna kuning jagung...then kuning macam nanah plak...and last warna air milo nie la....-

Tapi….
Esoknya….
Lepas pakar mai melawat….
Pagi-pagi biasa la…
Kalau duduk hospital memang ada pakar datang round tengok patient…
Pakar tue kata kenapa belah kecik sangat….
Dia suruh belah panjang lagi….

Ahhh…sudah….habis aku….
Tengahari tue siap la aku….
Dr belah bagi panjang lagi la…
Ada la 6 inci kot….huhu~
Pedih gila kot masa dia belah….
Rasa macam tak bubuh ubat kebas langsung….
Macam dia siat hidup-hidup kulit kita…haha~
Memang la hidup kan…bukan aku pengsan pun masa tue..haha
Menyesal gila sain surat kebenaran bagi dia belah peha aku tadi..haha~
Dr tue kata punya banyak nanah ada….lebih kurang 400cc kot…WHAT…!!

Aku tanya macam mana jadi nanah tue…
Dia pun tak tau…haha~
Dia pulak tanya aku macam mana boleh jadi macam nie…
Aku nak jawab apa….aku bukan Dr…mana aku tau…heheh~

Lepas tue….
Duduk wad cuci luka je la tiap-tiap hari….
Aku tanya Dr tak nak jahit ke bekas dia belah tue….
Dia cakap tak nak jahit….
Tunggu isi tumbuh sendiri…
Sebab kalau jahit takut nanti nanah tue jadi balik…huhu~

So…
Sekarang nie aku dah dekat rumah…..
Dapat MC sampai 20 December…..
Kali nie memang tak pergi kerja langsung la macam ari tue….
Sebab nak kena pergi cuci aka dressing tiap-tiap hari….
And nak duduk pun tak boleh..huhu~
Baring and berdiri je boleh….
Mintak-mintak lepas nie bolah baik terus….huhu~

Tapi…
Kali nie duduk hospital best sikit pada hari tue….
Sebab ada member….
Member…??
Bukan kenal sangat pun…tapi sekepala la….
Siap berjalan pergi koop and tengok TV lagi…hehe~
And budak-budak praktikal nurse tue pun baik….
Tengok Tentang Dhia ramai-ramai…haha~

So my new friends are Sara and Wani….
Sara budak kampong aku jugak….tapi aku kan tak sek kat sini mana kenal orang….
Wani pulak budak kolej jururawat…dah dia ramah boleh naik kepala sekali la….




And sebab kali nie duduk sampai seminggu kot…
So…
Dengan kakak-kakak nurse aka ‘Misi’ pun aku sembang…haha~
Nak buat macam mana…
Mulut aku bukan reti duduk diam….hehe~
20 December nie nak kena jumpa pakar sekali lagi….
Mintak-mintak semua dah okey kali nie….amin…
Korang doa-doa la untuk aku ye…hehe~

p/s: picture my kaki aka paha tak boleh tunjuk ler….malu ler….kang jatuh saham aku…haha~
mintak-mintak parut tak banyak la….tapi Dr kata aka nada parut jugak…huhu~
sedey….dah kena susutnilai dah aku…..haha~
Maaflah…Entry kali nie panjang sikit la ye…maklumlah cerita dah kumpul berapa hari dah…hahah~
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 cOnteNgan: