KL : 3H2M

Leave a Comment

Khamis : 11 Ogos 2011

10.00am : bertolak dari stesen bas Kulim….
(dari Kulim dalam bas ada dalam 6 orang…perempuan aku and sorang lagi budak jer…then budak tue turun dekat Ipoh..tinggal la aku sorang-sorang perempuan dalam bas tue…nak kata kecut perut tue memang dah kecut lama dah…tawakal je la..nak buat macam mana..dah la pemandu dia India..takut jugak la kalau jadi apa-apakan…huhu~)
03.00pm : sampai dekat Puduraya…gerak ke Masjid Jamek…
(Alhamdulillah…selamat sampai jugak akhirnya….so next destination cari tempat untuk interview esok….jom…)
03.30pm : gerak ke Jalan Raja Chulan….
(1stnaik LRT sampai Hang Tuah then Monorail pulak sampai Raja Chulan…nasib baik la aku berani jugak nak berjalan sorang-sorang..kalau tak susah  jugak la nak survey tempat…huh~)
04.00pm : sampai dekat Raja Chulan…its time untuk cari Chulan Tower…
(nak naik teksi macam malas and membazir jer…lastly jalan kaki je la…penat jugak la…sebab tak tau dekat mana…tapi..nasib baik jumpa jugak akhirnya…huhu~)
04.30pm : dah jumpa tempat untuk interview…so…gerak ke rumah my sister la…dah penat kot berjalan seharian….
 ~LRT (M.Jamek-Hang Tuah) Monorail (Hang Tuah-Raja Chulan)~


Jumaat : 12 Ogos 2011

06.45am : bergerak ke Jalan Raja Chulan…
(gerak awal lebih selamat..jauh jugak tue…nak kena naik LRT la..Monorail la….jalan kaki lagi…)
07.50am : sampai dekat Chulan Tower….
(dah bersedia ke aku nie…??hentam saja la…jom masuk office ALSTOM….)
08.00am : isi borang maklumat peribadi then tunggu untukditemuduga…huh~
(takut ada…ketaq pun ada…penemuduga ada 3 orang…2 Chinese lady and 1 Malay man..memang speaking 100% la…France’s company kot…tawakal je la…)
09.00am : selesai temuduga…so gerak balik rumah my sister la…
(gerak balik je awal…tapi tak boleh nak masuk rumah dia lagi pun…dia pergi kelas…aku mana ada kunci..so..tunggu je la kat tepi tangga tue…dalam pukul 11.00am baru dia balik..huhu~)
02.00pm : gerak ke Shah Alam….
(apasal nakpergi Shah Alam pulak…??nak pergi UiTM la…nak print mini transcript…kalau boleh print online aku tak pergi dah Shah Alam semata-mata nak print sehelai kertas nie…tapi nak buat macam mana…terpaksa jugak…selama nie asyik dok guna mini transcript yang aku print tahun lepas je…tak complete kot sebenarnya…haha~)
04.00pm : sampai dekat Shah Alam….
(dengan sapa…??sorang-sorang la….aku ajak adik aku teman dia tak nak…tak boleh nak ajak teman langsung…huhu~ masa naik tangga menara terselisih dengan Dr Hilwani….just sempat tegur ‘hye’ je…puan pun macam laju je nak balik…and aku pun laju je ke office nak print mini transcript…takut office dah tutup…huhu~)
05.00pm : dah siap print apa yang dikehendaki so balik KL semula la…apalagi…hehe~
07.30pm : tiba di Times Square….penat…
(memang la kata nak balik KL terus…tapi adik aku ajak buka puasa dekat luar…aku pun pergi je la…redah je la sorang-sorang…janji sampai sudah…kalau dah naik bas petang-petang mesti la jam…dalam pukul 7.00pm baru aku sampai KL Sentral…lepas tue nak naik Monorail pulak…tapi nasib  baik la naik Monorail kejap je…aku sampai TS je orang dah azan…huhu~)
10.00pm : gerak balik rumah my sister….
(lepas buka puasa and jalan-jalan kejap dekat TS…budak-budak nie banyak duit…nak ber’shopping’ la…huhu~aku ikut je la…)
10.30pm : sampai rumah…penat…tidur….
(aku sorang je yang tidur…budak-budak rumah dia nak buat birthday party senior diorang kot…yang penting  aku penat aku nak tidur….esok nak balik Penang pulak….)


Sabtu : 13 Ogos 2011

08.30am : gerak ke Puduraya…
(kena gerak awal sikit…sebab…tiket tak beli lagi…mintak-mintak ada tiket…aku dah tak larat duduk KL…boring and tak dak duit…hehe~)
09.00am : Alhamdulillah…sampai Pudu…tiket pun ada…Plusliner KL – PNG 9.45am…ada ke orang nak balik kampung sekarang nie…lambat lagi nak raya..hehe~
02.00pm : sampai rumah…yeay…!!
(4 jam je perjalanan…tiba-tiba je dah sampai….dah aku tidur mana nak perasan…tapi memang kejap pun sebab selalu dalam 5 jam…maybe driver bas bawak laju kot..hehe~)



p/s :kalau hari-hari macam nie boleh pengsan aku…dah la puasa…lepas tu jalan merata-rata pulak tue…kalau ada geng tak pe jugak..nie sorang-sorang jalan ke hulur ke hilir…huhu~duit pun habis dekat rapid jer...kaya rapid KL kalau hari-hari macam nie...huhu~
p/ss :budak-budak CandyStar…sorry tak dapat join buka puasa sama-sama hari Ahad…bukan aku tak nak..tapi aku dah malas nak duduk rumah adik aku yang ‘tak best’ sangat tue..hehe~lagi pun duit belanja aku pun cukup-cukup je sampai Jumaat…huhu~
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 cOnteNgan: